Wednesday, September 15, 2010

Asal Usul nama tanjung Tokong


TANJONG TOK KONG BUKAN TANJONG TOKONG : MENGGALUR ASAL –USUL KAMPUNG WARISAN MELAYU TANJONG TOK KONG

Ada pengisytiharan wujudnya petempatan China di P.Pinang sebelum kedatangan Kepten Francis Light di Pulau Pinang pada tahun 1786. Kononnya wujud di Jeti/Pengkalan Weld(Weld Quay), Balik Pulau dan Tanjong Tokong. Justeru berasaskan ini telah memberi laluan mudah untuk menjadi zon warisan secara automatis meski pun berada di luar George Town yang telah diisytiharkan sebagai zon warisan dunia.

Sedangkan petempatan Melayu yang sudah tentu wujud lebih dulu sebelum kedatangan British tetap terabai dan terumbang ambing status kewarisannya tanpa sebarang pengiktirafan. Usaha menjadikan Tanjong Tok Kong dan Batu Uban sebagai zon warisan Melayu di Pulau Pinang menghadapi laluan yang sangat sukar di era kemerdekaan. Ia terkeluar daripada skop warisan yang diiktiraf UNESCO.Tidak wujud warisan Melayu. Pulau Pinang baru berpenduduk hanya selepas kedatangan British pada tahun 1786. Benarkan fakta ini dan boleh ditelan begitu sahaja?

Hatta Kementerian Kebudayaan dan Warisan tetap membisu tentangnya dan hanya akur dengan warisan Jawi Pekan yang dicipta Inggeris. Perkara ini amat bertentangan dengan takrif warisan oleh KEKWA pada tahun 2005:

Warisan ialah sesuatu yang diwarisi secara turun temurun oleh seseorang atau kumpulan masyarakat daripada generasi sebelumnya. Ia menggambarkan memori daripada seluruh kehidupan yang melengkapkan ketamaudannya( KEKWA: 2005)

Dari segi sejarah petempatan China yang terkenal di Malaya sebelum kedatangan British ialah di Bukit China Melaka. Mereka dibawa oleh Sultan Mansor Shah selepas baginda dihadiahkan Puteri Hang Li Po oleh maharaja China pada tahun 1435 M.

Bersama dengannya dibawa para dayang dan shaolin( pahlawan kungfu China) yang diberi izin bermukin di Bukit China, Melaka. Mereka terismilasi dengan budaya masyarakat Melayu dan sebahagiannya menganut Islam. Selepas itu berita tentang kewujudan petempatan China di Malaya tiada langsung tibul dan ketara di mana-mana sehinggalah British membawa mereka masuk secara beramai-ramai pada awal ke 20.

Pengisytiharan bahawa wujudnya penempatan China di Pulau Pinang iaitu di Tanjong Tokong telah diterima dengan mudah tanpa sebarang bukti. Hakikatnya setiap petempatan asing yang bertapak di Pulau Pinang mestilah mendapat restu sultan Kedah. Pulau Pinang adalah wilayah kekuasaannya. Pasti sesebuah petempatan dibuka dengan keizinan baginda. Begitu juga dengan petempatan Melayu.

Hal ini telah berlaku ke atas pembukaan kawasan-kawasan tertentu di Pulau Pinang. Gelugor dibuka oleh Datuk Jenaton atas restu Sultan Mohamad Jewa pada tahun 1742. Batu Uban dibuka oleh Datuk Nakhoda Intan pada pertengahan abad ke 18. Bagitu juga dengan Jelutong dan Tanjong Penaga(George Town) dibuka oleh Datuk Nakhoda Kecil.

Bayan Lepas, Datuk Keramat,Batu Feringhi,Teluk Tikus, Kelawai dan sebagainya telah dibuka oleh para peneroka,pedagang dan nakhoda Melayu dari alam Nusantara.Petempatan ini menjadi perkampungan para nelayan yang berulang –alik di antara pantai Kedah dan Pulau Pinang. Pantai di pesisir Pulau Pinang dan seberang Kedah jelas pada pandangan mata.Hanya dipisahkan oleh selat sempit “ Selat Utara”.

Mengumumkan Tanjong Tokong sebagai petempatan China yang terawal kerana wujudnya berhala adalah satu dakwaan dan kepercayaan semata –mata untuk mengesahkan kehadiran masyarakat China di peringkat yang terawal tanpa sebarang bukti yang konkrit. Ini telah dilakukan di banyak tempat di Pulau Pinang. Disebabkan agama adalah satu perkara yang sensitif maka pengistihar ini kononnya pantang dicabar dan boleh disentuh lagi. Hakikatnya berhala dan sejarahnya boleh dibawa dari negeri China. Boleh didakwa ribuan tahun tapa memerlukan apa –apa pembuktian pun.

Tanjong Tok Kong adalah kawasan penempatan nelayan Melayu yang terkenal dan terulung. Nama Tanjong Tokong tidak ada kaitan sama sekali dengan Tua Pek Kong atau sebarang berhala, tuhan atau kepercayaan orang China. Masyarakat China mengaitkannya dengan tuhan kemakmuran, dewa laut dan sebagainya. Kepercayaan seperti ini sebenarnya dibawa dari luar. Ianya bukan berasal usul dari bumi Tanah Melayu untuk mendakwanya sebagai sesuatu yang sahih dan asli.

Nama Tanjong Tokong jelas terserlah adalah nama Melayu. Tanjong iaitu satu kawasan yang mengunjur ke laut. Tok kependekan daripada perkataan Datuk dan Kong adalah nama gelaran yang berkaitan dengan tokoh, ketua atau panglima Melayu yang di gelar Datuk Kong. Kependekannya disebut Tok Kong. Itulah asal –usulnya yang terpancar daripada penamaannya yang sebenarnya yang diberi nama oleh orang Melayu.

Makam Datuk Kong tokoh Melayu yang telah dipuja oleh masyarakat China dan dipercayai berada di dalam berhala China yang wujud kini. Makam para pahlawan Melayu yang tersohor seperti Datuk Panglima Hitam, Datuk Panglima Puteh, Datuk Rahman,Datuk Ali juga terdapat di belakang berhala China tersebut.

Makam-makam ini juga dupuja. Makam yang paling terkenal dan diberi pujaan yang berlebihan ialah Datuk Kong dan dialih menjadi Tua Pek Kong untuk menserasikannya dengan budaya dan kepercayaan orang China. Lalu masyhurlah namanya menjadi Tanjong Tokong. Dengan sedikit kesalahan teknikal sejarahnya telah berubah. Begitu juga nama Bukit Meriam di atas bukit Tanjong Tok Kong diubah menjadi Mount Meriam telah menghilangkan asal-usulnya kerana dia atas bukit tersebut terdapat meriam lama.

Keulungan Datuk Kong, Datuk Panglima Hitam dan Datuk Panglima Putih memang terkenal sebelum kehadiran masyarakat China di Pulau Pinang.Tanya sahaja kepada masyarakat Melayu Tanjong Tok Kong yang berusia 80 tahun ke atas, mereka boleh menceritakannya. Mereka juga sering membayar niat dan menghantar persembahansebelum era pemodenan dan ke makam-makam tersebut. Ianya telah dipuja, disemarakkan oleh masyarakat China dan dipuja sehingga menjadi tokong.

Mengikut kajian penulis di tapak bangunan opera China mengikut dakwaan penduduk Tanjong Tok Kong yang tertua, sebenarnya ialah tanah perkuburan orang-orang Islam.Pihak muzium, badan berwibawa seperti USM wajib menggalinya untuk membongkar bukti sejarah yang sebenar tetapi telah tetrimbus

Pengesahan ini sangat perlu untuk mencungkil bukti sejarah yang hilang akibat penjajahan. Ini dapat membongkar rahsia sejarah Tanjong Tok Kong yang telah dikaburkan akibat kedatangan kaum imigran secara besar-besaran ke Pulau Pinang selama 200 tahun era penjajahan.Tempat itu dikenali dengan nama Tanjong Perangin.

Orang Melayu yang beragama Islam tidak akan menamakan sesuatu tempat dengan nama yang bertentangan dengan aqidah dan tahid.Mereka tidak akan menamakannya dengan Tanjong Berhala atau Tanjong Tokong. Jika ada pun penamaan yang berkaitan dengannya yang paling hampir ialah perkataan keramat.

Ia termaktub pada nama pulau di hadapan pantai Tanjong Tok Kong yang dipanggil Pulau Keramat kerana wujudnya sebuah makam seorang wali. Begitu juga dengan nama tempat Kampung Makam dikaitkan dengan kewujudan makam Haji Kassim seorang pendakwah yang berasal dari Yaman.Beliau adalah peneroka kampung tersebut.

Membuktikan kampung Tanjong Tok Kong adalah petempatan asli Melayu seratus peratus tanpa petempatan asing dapat disahkan kerana wujudnya sebuah tanah perkuburan Islam yang luas di atas bukit Tanjong Tok Kong. Di sekitarnya terdapat banyak kampung dan naam yang hilang dek perbandaran yang pesat di era kolonial.

Di antaranya ialah kampung Tembaga, Kampung Alur,Kampung Mata Air, Kampung Telaga Air, Kampung Kepala Tanjong,Kampung Balik Batu, Kampung Anjung Dangau dan Daun Peringgit.Terdapat banyak nama- nama kampung dan mukim yang kedapatan berhampiran dengannya seperti Bagan Atas, Bagan Jermal, Bau Putih, Kampung Belah Dua,Kampung Palembang dan Kampung Fuad. Inilah realiti sejarah yang hilang.

Sejarah Tanjong Tok Kong dapat disusur dengan kedatangan seorang ulama dari Pulau Madura yang bernama Haji Hassan Fusanah yang tiba di pantai Tanjong Tok Kong pada awal abad ke 19. Namanya disemadikan dengan terdirinya masjid Tuan Guru.Makamnya juga terdapat di atas bukit Tanjong Tok Kong.

Susur galur keturunannya sebagai salah seorang peneroka terawal Tanjong Tok Kong dapat dikesan hingga ke hari ini. Salah seorang daripada keturunannya ialah Datuk Elyas Haji Omar bekas datuk bandar Kuala Lumpur. Kaum keluarganya telah mengadakan perkumpulan keluarga mereka pada tahun 2004 dengan menghimpunkan 500 waris.

Tanjong Tokong adalah sebuah petempatan Melayu yang bersejarah dan merupakan petempatan nelayan yang tertua di Malaya. Di sini berkumpulnya para panglima,dukun dan pawang Melayu yang tersohor.Mereka mengusahakan penngkapan ikan laut dalam yang dikenali sebagai jermal. Dalam buku Malaysian Pictoral history 1400-2000 ada dirakamkan:

Ada sebuah nyanyian boria yang didendangkan oleh penduduk Tanjong Tok Kong untuk membuktikan wujudnya kampung lain di sekitarnya seperti Kampung Tembaga

Orang Melayu pandai mengebat

Seluar hitam baju berkilat

Sepa Kampung Tembaga sudahlah sepakat

Hidup muafakat membawa berkat

Mengenai Tanjong Tok Kong terdapat sebuah pantun lama yang wujud di awal pembukaan tanah baru tebusguna laut pada tahun 1940an dan 1950an.Bunyinya :

Tanjong Tok Kong tanah merah

Anak dara murah-murah.

Penamaan Tanjong Tok Kong sudah pasti dengan mengambil sempena nama tokoh, panglima dan ulama.Itu adalah salah satu cara menamakan tempat seperti namaan Permatang Tok Gelam, Ceruk Tok Kun, Teluk Panglima Garang, Permatang Pak Elong, Kampung Haji Mahmud, Bagan Tuan Kecil dan sebagainya.

Sejarah sering boleh direkacipta seperti yang sedang berlaku apabila warisan British dinobatkan sebagai warisan terunggul di Pulau Pinang oleh UNESCO diera kemerdekaan menenggelamkan warisan Melayu yang wujud sebelumnya walau pun negara telah merdeka lebih 50 tahun. Namun sejarah colonial masih utuh di sini. Dalam hal ini negara-negara lain seperti India, Burma dan Indonesia lebih terkedepan dalam menobatkan warisan asal bumiputera.mereka telah menukar nama tempat seperti Batavia menjadi Jakarta dan Madras menjadi Chennai.

Namun kita masih berbangga dengan George Town.Sedangkan tempat itu bernama Tanjong Penaga yang dibuka oleh seorang nakhoda Melayu Datuk Nakhoda Kecil, seorang nakhoda Melayu yang berjasa dari alam Nusantara. Tidak kah wajar jejaknya dijelmakan kembalikan dengan nama yang asli Bandar raya TANJONG.

Warisan China di Tanjong Tok Kong telah dibentuk dan diisytiharkan menjadi warisan oleh Tan Sri Koh Tsu Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2007. Mengapakah warisan Melayu Tanjong Tokong tidak boleh diterima oleh Kerajaan Persekutuan yang memegang hak milik kampung ini selepas diserahkan kepada Perbandanan Pembangunan Bandar(kini UDA Holdings Bhd).

Hakikatnya dari segi pembangunan Melayu telah menjadi rakyat yang terpinggir dan dalam aspek warisan mungkin terhapus apabila kita merelakan pelupusannya untuk mengisi tembolok para korparat yang keparat.

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA-WARISAN MELAYU ENTAH DI MANA

5 comments:

  1. Tak kan hilang Tanjong di dunia...
    Ayuh kita bersatu wahai anak Pulau Pinang...

    ReplyDelete
  2. TK atas komen.Tak cukup dengan slogan mesti buat sesuatu yang konkrit.Sokong dan bagi sumbangan untuk melestarikan warisan Melayu PP

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas penulisan yg hebat byk kan lagi.
    Takbir.......
    Anak jati kgmakam

    ReplyDelete
  4. Steady , we love our state , and i love my village for ever ! Tanjong tok kong .

    #AnakAntooPP

    ReplyDelete
  5. Steady , we love our state , and i love my village for ever ! Tanjong tok kong .

    #AnakAntooPP

    ReplyDelete