Saturday, June 12, 2010

MAPAN MELAYU PULAU PINANG RAKYAT TERPINGGIR DI MALAYSIA

BLOG ini diwujudkan untuk menganalisis punca rakyat terpinggir di Pulau Pinang dan bagaimana untuk mengatasinya dengan tekad dan formula yang konkrit. Kita menggunakan istilah MAPAN kependekan untuk menyebut dan mengistilahkan Melayu Pulau Pinang.Kebetulan Melayu P.Pinang mengalami keterpinggiran yang berterusan sejak dari zaman penjajahan.Gejala ini terakam menerusi pantun dan ungkapan bersejarah:

Pulau Pinang bandar baharu
Kepten Light menjadi raja
Kalau di kenang masa yang lalu
Rasa menitis si air mata

Pi mai pi dok tang tu jugak

Balik Pulau Bayan Lepas
Sana terpelau sini terlepas

Tanjong Tok Kong Batu Feringhi
China untung Melayu rugi

Perahu layar belayar laju
Laju menuju Lautan China
Merdeka pasti kan kita tuju
Yang lain untung Melayu merana!


Ia gagal diselesaikan meski pun negara telah lebih 50 tahun merdeka dan akan memasuki Rancangan Malaysia ke 10. Mustahil selepas 9 RMK masih ada rakyat yang masih terpinggir di bumi bertuah ini. Kerajaan berjaya menjelmakan kumpulan korprat Melayu yang perkasa menerusi dasar-dasar pengkorpratan yang jelas, mustahil mereka terlepas pandang kepada rakyat terpinggir yang keadaan sosio ekonominya begitu parah di Pulau Pinang.

Apakah puncanya ? Mari kita sama-sama menganalisnya.

Perlu diingat sebahagian besar orang Melayu menyalahkan faktor kepimpinan iaitu kekurangan wakil MAPAN( Melayu P.Pinang) di peringkat kerajaan Pusat. Jadi MAPAN tidak mempunyai suara. Bermula dengan Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Anwar Ibrahim,Ibrahim Saad dan Nor Muhammad Yaakub. Masalahnya kedudukan MAPAN makin kronik.

Jadi kita sudah mempunyai wakil-wakil yang kuat di peringkat kerajaan pusat seawal 1980an. Malahan wakil MAPAN telah pernah menjadi PM dari 2004-2008 menerusi perlantikan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM ke 5. Namun masalah Melayu/Rakyat terpinggir ini masih ditakuk lama. Pi mai pi mai dok tang tu juga.

Adakah ini kerana ketiadaan peruntukan untuk menolong rakyat atas nama MELAYU kononnya bersifat perkauman. Sebagai rakyat wajarkah mereka diabaikan? Punca bagi MAPAN ialah mereka telah kehilangan pembelaan daripada para pemimpin yang diamanahkan. Habitat "tempat untuk hidup" gagal dibangunkan semula untuk mereka. Kampung-kampung mereka hilang satu persatu dengan terancangg. Para pemimpin politik pula menjadi ejen untuk menghalau mereka bagi pihak pemaju. Mereka mendapat komisyen apabila menjadi orang tengah.

Sikap tidak mempedulikan umah amat ketara. Malahan tanah dikiri kanan masjid pun boleh dibeli dengan bebas tanpa sebarang kawalan. Masjid kehilangan kariah dan akhirnya ditinggalkan. Apakah para pemimpin Melayu tidak nampak tentang gejala ini? Tanah adalah punca keterpinggiran dan terhapusnya Melayu di P.Pinang. Tanpa tanah Melayu pasti punah.

Kita berbangga dengan kemajuan negara tetapi kemajuan negara tidak bererti kejayaan rakyat secara merata. Pulau Pinang kekurangan tanah dan rancangan perumahan yang dilaksanakan bersifat komersial dan mewah secara keterlaluan. Rakyat marhain langsung tidak ada ruang dan peluang untuk memasukinya. Tidak ada rancangan untuk mereka apabila kerajaan menghilangkan tanggung jawap sosialnya.

Sedangkan kerajaan adalah penangggung jawap sosial rakyat yang terbesar untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat?Lihat apa yang berlaku.

Di Tg Tok Kong kampung bersejarah yang dibuka Melayu sebelum kedatangan penjajah. Di akui dalam buku sejarah "Malaysia Pictoral History 1400 -2000" sebagai contoh kampung nelayan tepi laut yang terunggul di Malaya dan ada gambarnya. British tebusguna dengan menggunakan dana wakaf pada tahun 1937 dn buat kampung moden pada 1956. Ini sebagai balasan akibat dasar-dasar British akibat dasar-dasar kapitalisme Inggereis yang rakus menjarah tanah-tanah pribumi. Ada juga kebaikan dan ihsan penjajah sebelum meninggalkan Malaya.

Penjajah memberi model bagaimana menempatkan semula Melayu ke kawasan baru. Tebusguna dan rancangan penempatan semula ini antara yang pertama di Malaya. Mengapa tidak diteruskan selepas merdeka. Bukankah sudah ada model yang baik .Malahan telah dilakukan oleh Singapura dengan berkesan.

Pada tahun 1980an berlaku tebusguna yang besar seluas 1000 ekar(50 kali kampung Tanjong Tok Kong) . Satu inci pun tidak diberi untuk penambahan dan perluasan kampung Tanjong Tok Kong yang sesak ni. Semuanya dikurniakan kepada swasta.Dulu ada singn board kononnya projek itu akan dibuat oleh KGN dan PDC. Macam ada bahagian untuk rakyat di dalamnya tetapi sepi begitu sahaja apabila kerajaan terlalu menyebelahi golongan korprat, nilai komersial dan keuntungan secara keterlaluan.Akibatnya nasib rakyat tetap terabai.

Kepentingan kerajaan dalam kedua agensi KGN dan PDC pun dihilangkan dalam sekelip mata. Jadi rakyat yang dalam keadaan dilema terus trauma dan dipinggirkan. Memang mereka telah dipinggir dengan sengaja. Setuju tak ? Mereka dibiarkan menderita dan wajah kampung asal yang diatur British punah apabila UDA Holdings yang diamanahkan membela rakyat mengehentikan terus tanggung jawap sosialnya membangunkan kampung dari tahun 1990 hingga 2003.

5 tahun dulu, Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong telah mengusulkan 100 ekar kawasan tebusguna diberi kepada rakyat. Tak ada satu cawangan UMNO pun yang sokong.Para pemimpin besar P.Pinang pun langsung tak jawap. Buat-buat tak dengar. Telinga dan mata mereka telah ditutup dengan apa ? Sengaja buat PEKAK BADAK satu kemahiran yang dikuasai dengan baik oleh para pemimpin kita. Sedangkan syarat untuk jadi pemimpin yang baik ialah peka terhadap nasib rakyat!

MAPAN MELAYU PULAU PINANG RAKYAT TERPINGGIR DI MALAYSIA

BLOG ini diwujudkan untuk menganalisis punca rakyat terpinggir di Pulau Pinang dan bagaimana untuk mengatasinya dengan tekad dan formula yang konkrit. Kita menggunakan istilah MAPAN kependekan untuk menyebut dan mengistilahkan Melayu Pulau Pinang.Kebetulan Melayu P.Pinang mengalami keterpinggiran yang berterusan sejak dari zaman penjajahan.Gejala ini terakam menerusi pantun dan ungkapan bersejarah:

Pulau Pinang bandar baharu
Kepten Light menjadi raja
Kalau di kenang masa yang lalu
Rasa menitis si air mata

Pi mai pi dok tang tu jugak

Balik Pulau Bayan Lepas
Sana terpelau sini terlepas

Tanjong Tok Kong Batu Feringhi
China untung Melayu rugi

Perahu layar belayar laju
Laju menuju Lautan China
Merdeka pasti kan kita tuju
Yang lain untung Melayu merana!


Ia gagal diselesaikan meski pun negara telah lebih 50 tahun merdeka dan akan memasuki Rancangan Malaysia ke 10. Mustahil selepas 1O RMK masih ada rakyat yang masih terpinggir di bumi bertuah ini. Kerajaan berjaya menjelmakan kumpulan korprat Melayu yang perkasa menerusi dasar-dasar pengkorpratan yang jelas, mustahil mereka terlepas pandang kepada rakyat terpinggir yang begitu ketara di Pulau Pinang.

Apakah puncanya ?Mari kita sama-sama menganalisnya.

Perlu diingat dulu sebahagian besar orang Melayu menyalahkan faktor kepimpinan iaitu kekurangan wakil MAPAN di peringkat kerajaan Pusat.Jadi MAPAN tidak mempunyai suara. Bermula dengan Datuk Abdullah Ahmad Badawi,Anwar Ibrahim,Ibrahim Saad dan Nor Muhammad Yaakub.

Jadi kita sudah mempunyai wakil-wakil yang kuat di peringkat kerajaan pusat seawal 1980an. Malahan MAPAN telah pernah menjadi PM dari 2004-2008 menerusi perlantikan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM ke 5. Namun masalah Melayu/Rakyat terpinggir ini masih ditakuk lama. Apakah puncanya ?

Adakah ketiadaan peruntukan untuk menolong mereka atas nama MELAYU kononnya bersifat perkauaman. Sebagai rakyat tidakkah wajar mereka dibantu? Punca bagi MAPAN ialah mereka telah kehilangan habitat "tempat untuk hidup". Kampung-kampung mereka hilang satu persatu dengan terancangg tanpa ada tindakan untuk mengatasi.

Malahan tanah dikiri kanan masjid pun boleh dibeli dengan bebas tanpa kawalan. Masjid kehilangan kariah dan akhirnya ditinggalkan. Apakah para pemimpin Melayu tidak nampak tentang gejala ini? Tanah adalah punca keterpinggiran dan hapusnya Melayu di P.Pinang.

Kita bedrbangga dengan kemajuan negara tetapi kemajuan negara tidak bererti kejayaan rakyat secara merata. Pulau Pinang kekurangan tanah dan rancangan perumahan yang dilaksanakan bersifat komersial yang keterlaluan. Rakyat marhain langsung tidak ada ruang dan peluang untuk memasukinya.

Sedangkan kerajaan adalah penangggung jawap sosial yang terbesar untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat?Lihat apa yang berlaku.

Di Tg Tok Kong kampung bersejarah yang dibuka Melayu sebelum kedatangan penjajah. Di akui dalam buku sejarah Malaysia Pictoral History 1400 -2000 sebagai contoh kampung nelayan tepi laut yang unggul di Malaya dan ada gambarnya. Britih tebusguna dengan menggunakan duit wakaf,buat kampung moden. Ini sebagai balasan akibat dasar-dasar British kapitalisnya menjarah tanah-tanah pribumi.Ada juga kebaikan dan ihsan penjajah.

Selepas merdeka berlaku tebusguna yang besar seluas 1000 ekar(50 kali kampung Tanjong Tok Kong) satu inci pun tidak diberi untuk penambahan dan perluasan kampung Tanjong Tok Kong yang sesak ni. Semuanya dikurnia kepada swasta.Dulu ada singn board kononnya projek itu akan dibuat oleh KGN dan PDC.

Kepentingan kerajaan dalam kedua agensi itu pun dihilangkan dalam sekelip mata. Jadi rakyat terpinggirkerana memang mereka telah dipinggir dengan sengaja. Setuju tak ? Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong usulkan 100 ekar kawasan tebusguna diberi kepada rakyat. Tak ada satu cawangan UMNO pun sokong.Para pemimpinnya pun tak response. Buat-buat tak dengar. Telinga dan mata mereka telah ditutup dengan apa.Sengaja buat pekak.