Wednesday, May 22, 2013

TULISAN SAKMONGKOL TENTANG CARA GAYA POLITIK PM NAJIB MASA KINI

Monday, 13 May 2013

Bangkitlah wahai Moral Majority!




BN sudah pun hancur. Yang tinggal hanya UMNO dan PBB di Sarawak. MCA hampir pupus. MIC adalah bayangan dari tubuh zaman silam. Bagaimana Najib tidak ada perasaan malu mengaku masih menang sedangkan , UMNO dan BN sudah hilang sokongan majority? UMNO dan BN adalah kerajaan minority.
Siapa yang kata Najib lebih berjaya dari Pak Lah lupa bahawa tambahan kerusi UMNO dicapai bukan melalui pertambahan undi orang Melayu. Jumlah pengundi Melayu kali ini dianggar seramai 6.58 juta. calun2 UMNO kali ini memperolehi 3.0 juta pengundi Melayu. Ini bermakna seramai 3.58 juta orang Melayu masih menolak UMNO kerana mereka menolak Najib. Jadi, dimana letaknya kejayaan Najib selain dari pampangan pada billboard yang menyemak disepanjang lebuhraya?
Rakyat menolak kamu , tapi masih takde perasaan malu mahu kekal berkuasa. Lihat apa Zamri di Perak lakukan? Kamu tidak mendapat sokongan majority, tapi masih jadi kerajaan. Kamu mampu berbuat demikian, kerana UMNO dan BN menipu.
Ia menipu dalam PRU13 dengan membuat persempadanan mengikut kepentingan politik UMNO. Menipu bilamana kerajaan berkempen sepanjang hari melalui media yang UMNO milik dan kuasai.
UMNO menipu kerana mengkhianati negara dengan memberi ribuan KP kepada Mat Bangla, dan Myanmar. Dan UMNO menipu dengan menukar kertas undi.
UMNO memperkosai semua institusi kerajaan yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat bukan kepentingan pemimpin UMNO. Hishamudin dan isteri menggunakan helicopter milik kerajaan untuk pergi mengundi.  Itu bukan harta persendirian dan bukan keluarga dia punya.

UMNO menggunakan tektik menakutkan rakyat dengan penceritaan seram melibatkan bangsa. UMNO main isiu perkauman sedangkan Najib cakap besar mengenai 1Malaysia. Najib adalah hipokrit yang terulung di Malaysia.
UMNO terus melindungi para perasuah dan pemimpin perkauman. Kerana itu, rakyat berhak menolak mereka.
 UMNO dan Najib menyalahkan kaum lain kerana kelemahan sendiri. Bukan orang Cina sahaja yang menolak UMNO bahkan lebih ramai Melayu menolak UMNO dari menyokong nya. Ternyata Najib tak tahu apa yang mengalahkan UMNO. Bagaimana dia nak kekal jadi PM? Suka saya memberitahu pembaca, Najib ini pemain sepasukan hanya jika sepasukan menyokong nya. Kalau tak sokong, Najib pun akan mendurhaka.
Ini membuktikan bahawa UMNO sebuah parti yang tidak lagi boleh dipercayai dan memperlakukan rakyat sebagai orang2 bodoh. UMNO si pencuri lembu yang menyalahkan tuan punya lembu apabila ia ditangkap. Ini tektik Mahathir Mohamad menyalahkan orang lain keraja jinayah yang ia lakukan.
Apa yang MCA dan parti komponen lain lakukan semasa tidur sama UMNO? Mereka jadi anjing ribaan yang tidak terdaya menegur UMNO yang ternyata, menjadi parti hipokrit terulung dalam negara kita.
Hari ini , yang memperolehi moral majority ialah Pakatan Rakyat tapi UMNO yang memperolehi undian minority menduduki Putrajaya. Musibah akan menimpa negara ketika para perompak, lanun dan peraih komsiyen memegang tampuk kuasa.
Komitmen, Integriti dan Ketelusan tidak ada dalam kamus UMNO. Perkara2 ini tak disebutkan oleh Najib sebaiknya dia seorang kaki boros sama seperti Rosmah Mansor, mengistiharkan satu trillion ringgit yang akan dibelanjakan. Satu trillion lagi setelah membalun berbilion Ringgit untuk mengaburi mata rakyat? Tektik macam ini hanya berjaya dikawasan pengundi kampong dan desa yang dikekalkan dalam perhambaan minda dan jadi hamba abdi kepada naungan dan pesta temasya yang UMNO anjurkan. Artis2 dan penghibur dikudakan untuk mengkhayalkan rakyat dari keadaan sebenar. Tapi dalam bandar dan kota kota, hipokrasi UMNO terburai!
Hari ini yang menjadi benteng hadapan mendedahkan hipokrasi dan tektik jahat UMNO ialah kota dan bandar dimana majority rakyat tinggal dan mencari nafkah. Dalam kawasan ini rakyat berfikir dan berkerja, berfikir dan berkarya, mencapai dan menjayakan diri, membangun dan membesar. Dalam kawasan2 inilah, idealisme dan wawasan mengenai masa hadapan Malaysia dibentuk dan dijana.Rakyat mahu suara yang lebih dalam membentuk masa depan.
Kawasan2 ini menjadi kubu kuat dimana pemikiran dan suara hati budi dibentuk yang akan mensucikan, membersihkan tanah air kita. Kawasan kota akan menjadi banteng pertahanan yang akan menolak najis dan jijik yang dipromosikan oleh orang yang gila kuasa dan ahli politik half past six dari UMNO serta kroni dan pecacai mereka.
Hari ini, kawasan kota dan Bandar telah menghantar mesej kepada Najib dan UMNO bahawa hari2 terakhir mereka kian hampir walaupun mereka telah melakukan penipuan dan pembohongan dalam PRU13. Lama manalah kamu dapat bertahan apabila rakyat mulai sedar.
Najib tidak ada mandate. Tindakan yang mampu dia lakukan ialah mengarahkan pro-chancellor UITM, Rahman Arshad supaya menghapuskan sekolah rakyat. Ianya sudah terlambat. Kamu telah cuba memuaskan segala tuntutan masyarakat Cina dengan lu tolong, gua tolong lu, mana mungkin sekarang kamu mahu mungkir janji? Najib adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Friday, March 8, 2013

WAJAH DR HASSAN ALI

SAKSIKAN WAJAH POLITIK HASSAN ALI