Monday, 13 May 2013
Bangkitlah wahai Moral Majority!
BN
sudah
pun hancur. Yang tinggal hanya UMNO dan PBB di Sarawak. MCA hampir
pupus. MIC adalah bayangan dari tubuh zaman silam. Bagaimana Najib tidak
ada perasaan malu mengaku masih menang
sedangkan , UMNO dan BN sudah hilang sokongan majority? UMNO dan BN
adalah
kerajaan minority.
Siapa yang kata Najib lebih berjaya dari Pak Lah lupa bahawa tambahan kerusi UMNO dicapai bukan melalui pertambahan undi orang Melayu. Jumlah pengundi Melayu kali ini dianggar seramai 6.58 juta. calun2 UMNO kali ini memperolehi 3.0 juta pengundi Melayu. Ini bermakna seramai 3.58 juta orang Melayu masih menolak UMNO kerana mereka menolak Najib. Jadi, dimana letaknya kejayaan Najib selain dari pampangan pada billboard yang menyemak disepanjang lebuhraya?
Siapa yang kata Najib lebih berjaya dari Pak Lah lupa bahawa tambahan kerusi UMNO dicapai bukan melalui pertambahan undi orang Melayu. Jumlah pengundi Melayu kali ini dianggar seramai 6.58 juta. calun2 UMNO kali ini memperolehi 3.0 juta pengundi Melayu. Ini bermakna seramai 3.58 juta orang Melayu masih menolak UMNO kerana mereka menolak Najib. Jadi, dimana letaknya kejayaan Najib selain dari pampangan pada billboard yang menyemak disepanjang lebuhraya?
Rakyat
menolak kamu , tapi masih takde perasaan malu mahu kekal berkuasa. Lihat apa
Zamri di Perak lakukan? Kamu tidak mendapat sokongan majority, tapi masih jadi
kerajaan. Kamu mampu berbuat demikian, kerana UMNO dan BN menipu.
Ia
menipu dalam PRU13 dengan membuat persempadanan mengikut kepentingan politik
UMNO. Menipu bilamana kerajaan berkempen sepanjang hari melalui media yang UMNO
milik dan kuasai.
UMNO
menipu kerana mengkhianati negara dengan memberi ribuan KP kepada Mat Bangla,
dan Myanmar. Dan UMNO menipu dengan menukar kertas undi.
UMNO memperkosai semua institusi kerajaan yang
sepatutnya menjaga kepentingan rakyat bukan kepentingan pemimpin UMNO.
Hishamudin dan isteri menggunakan helicopter milik kerajaan untuk pergi
mengundi. Itu bukan harta persendirian
dan bukan keluarga dia punya.
UMNO menggunakan tektik menakutkan rakyat dengan penceritaan seram melibatkan bangsa. UMNO main isiu perkauman sedangkan Najib cakap besar mengenai 1Malaysia. Najib adalah hipokrit yang terulung di Malaysia.
UMNO
terus melindungi para perasuah dan pemimpin perkauman. Kerana itu, rakyat
berhak menolak mereka.
UMNO dan Najib menyalahkan kaum lain kerana
kelemahan sendiri. Bukan orang Cina sahaja yang menolak UMNO bahkan lebih ramai
Melayu menolak UMNO dari menyokong nya. Ternyata Najib tak tahu apa yang
mengalahkan UMNO. Bagaimana dia nak kekal jadi PM? Suka saya memberitahu
pembaca, Najib ini pemain sepasukan hanya jika sepasukan menyokong nya. Kalau
tak sokong, Najib pun akan mendurhaka.
Ini
membuktikan bahawa UMNO sebuah parti yang tidak lagi boleh dipercayai dan
memperlakukan rakyat sebagai orang2 bodoh. UMNO si pencuri lembu yang
menyalahkan tuan punya lembu apabila ia ditangkap. Ini tektik Mahathir Mohamad
menyalahkan orang lain keraja jinayah yang ia lakukan.
Apa
yang MCA dan parti komponen lain lakukan semasa tidur sama UMNO? Mereka jadi
anjing ribaan yang tidak terdaya menegur UMNO yang ternyata, menjadi parti
hipokrit terulung dalam negara kita.
Hari
ini , yang memperolehi moral majority ialah Pakatan Rakyat tapi UMNO yang
memperolehi undian minority menduduki Putrajaya. Musibah akan menimpa negara
ketika para perompak, lanun dan peraih komsiyen memegang tampuk kuasa.
Komitmen,
Integriti dan Ketelusan tidak ada dalam kamus UMNO. Perkara2 ini tak disebutkan
oleh Najib sebaiknya dia seorang kaki boros sama seperti Rosmah Mansor, mengistiharkan
satu trillion ringgit yang akan dibelanjakan. Satu trillion lagi setelah
membalun berbilion Ringgit untuk mengaburi mata rakyat? Tektik macam ini hanya
berjaya dikawasan pengundi kampong dan desa yang dikekalkan dalam perhambaan
minda dan jadi hamba abdi kepada naungan dan pesta temasya yang UMNO anjurkan.
Artis2 dan penghibur dikudakan untuk mengkhayalkan rakyat dari keadaan sebenar.
Tapi dalam bandar dan kota kota, hipokrasi UMNO terburai!
Hari
ini yang menjadi benteng hadapan mendedahkan hipokrasi dan tektik jahat UMNO
ialah kota dan bandar dimana majority rakyat tinggal dan mencari nafkah. Dalam
kawasan ini rakyat berfikir dan berkerja, berfikir dan berkarya, mencapai dan
menjayakan diri, membangun dan membesar. Dalam kawasan2 inilah, idealisme dan
wawasan mengenai masa hadapan Malaysia dibentuk dan dijana.Rakyat mahu suara yang lebih dalam membentuk masa depan.
Kawasan2
ini menjadi kubu kuat dimana pemikiran dan suara hati budi dibentuk yang akan
mensucikan, membersihkan tanah air kita. Kawasan kota akan menjadi banteng
pertahanan yang akan menolak najis dan jijik yang dipromosikan oleh orang yang
gila kuasa dan ahli politik half past six dari UMNO serta kroni dan pecacai
mereka.
Hari
ini, kawasan kota dan Bandar telah menghantar mesej kepada Najib dan UMNO
bahawa hari2 terakhir mereka kian hampir walaupun mereka telah melakukan
penipuan dan pembohongan dalam PRU13. Lama manalah kamu dapat bertahan apabila
rakyat mulai sedar.
Najib
tidak ada mandate. Tindakan yang mampu dia lakukan ialah mengarahkan
pro-chancellor UITM, Rahman Arshad supaya menghapuskan sekolah rakyat. Ianya
sudah terlambat. Kamu telah cuba memuaskan segala tuntutan masyarakat Cina
dengan lu tolong, gua tolong lu, mana mungkin sekarang kamu mahu mungkir janji?
Najib adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.
No comments:
Post a Comment